Blog Author ![]()
Fazirah Azman |23 years
"Kalau cinta itu wujud diantara manusia, tunjukkan aku apa itu cinta" "Cinta yang sebenar-benarnya hanyalah cinta DIA dan aku dambakan itu" MedSoc
![]() Credits
Skin miminadam
| 360 Darjah
May 3, 2019 | 11:06 AM | 0 ♬ Comment
Assalamualaikum.
Last post sebelum kahwin lepastu i is zassss hilang bagaikan angin berlalu. K tak lawak.
Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal , semua berjalan lancar walaupun ada cacat celanya. Biasa lah dalam majlis perkahwinan ni takda yang semuanya perfect.
Post harini pun bukan nak cerita apa apa pun. Tapi saja nak cakap, kehidupan lepas kahwin ni more struggle untuk balance antara kehidupan peribadi, kerja, keluarga dan peel suami/isteri masing masing.
Oh by the way, thanks husband banyak mengalah dalam segala hal, banyak juga membantu, dan banyak juga bagi nasihat yang baik - baik untuk kita sama-sama perbaiki diri.
Husband Selfie be like................................
So, macam orang tua - tua cakap, kehidupan selepas kahwin adalah kehidupan sebenar kita. Sebelum kahwin tu tak la kehidupan sebenar sangat sebab segalanya mak ayah yang tanggung. Tapi aku tahu tak semua macam tu sebab generasi zaman sekarang dah pandai cari duit belaka.
Tapi tetap juga akan work hard untuk kehidupan yang senang. Apapun, kahwin memang best sebab ibarat sentiasa ada ja kawan untuk bercerita suka duka, susah senang sama - sama.
Tapi yang aku stress, lepas kahwin aku berubah 360 darjah! salah satunya, aku dah membesar dengan jayanya. Lepas kahwin naik 4kg, sekarang tak tahu dah berapa kg berat aku. Husband pula kerjanya suruh aku makan makan makan sebab dia sendiri pun kuat makan!
Makan jelaah faa oi, selagi ada rezeki makanan melimpah ruah, Alhamdulillah. Lepasni nak kena strict sikit dah bab makan, kena disiplinkan diri balik untuk kerap minum air mineral. Selalunya air manis laa. perut pun buncit!
Lunch bogel dan sangat tak sihat sebab takda sayur - sayuran, dan berminyak sangat.
Yela konon nak buat ayam goreng kering + daun kari tu. Tapi ok laa janji sedap.
Kemarin dah buat bawal sweet sour so harini kicap kicapan pulak lah.
Harini rajin nak masak bekal untuk husband lunch, bangun tidur pukul 6, pukul 6.30 baru masak lepastu dah macam bersilat sorang - sorang dekat dapur. Lepas masak terus masuk bilik iron baju semua2 lah. Thanks husband selalu tolong kemaskan dapur, sidai baju, kemas katil. Senang kerja wife kalau husband macamni hari - hari #Ehhh
Okay byebye Assalamualaikum!
P/S : Husband memang sejenis tak suka selerak & kotor - kotor. Kalau aku busy dia la settlekan, Hihi tq tq |