| Follow || Dashboard |
Ms.Pajirahh
Blog Author

Fazirah Azman |22 years

"Kalau cinta itu wujud diantara manusia, tunjukkan aku apa itu cinta"

"Cinta yang sebenar-benarnya hanyalah cinta DIA dan aku dambakan itu"



KENANGAN ABADI


MedSoc
TWITTER Ms.Pajirahh
FACEBOOK Ms.Pajirahh
INSTAGRAM Ms.Pajirahh


Credits
Skin miminadam
Kesempurnaan
Oct 16, 2017 | 11:33 PM | 0 ♬ Comment

Mencari kesempurnaan itu kadangnya perlu. Tapi bukan bermaksud mencari yang sempurna hingga menepis apa yang ada. Tak salah jika yang tidak sempurna itu diubah menjadi sempurna. Setiap kehidupan di dunia tak sempurna. Saat saling menerima kekurangan itu adalah kesempurnaan yang terbaik. Belajar menerima kekurangan untuk mendapat kesempurnaan.

-Ms. Pajirahhh-
—16 Oct 2017 | ISNIN—


BANGKIT, KEMBALI MENAPAK.
| 12:12 AM | 0 ♬ Comment
Kenapa perlu rasa terkilan sedangkan masih banyak yang layak diberi tumpuan. Kalau harini lumpuh dari semua harapan, berusaha sebaik mungkin untuk cuba bangkit dan kembali menapak. Tiada yang sia-sia selagi percaya bahawa takdir Allah itu sebaik-baik perjalanan hidup. Takkan pernah Allah hampakan doa-doa dari Hambanya. Cepat atau lambat, hanya Dia yang layak untuk tetapkan. Goodluck Dearself ❤️

Emas dan permata
Oct 13, 2017 | 10:57 AM | 1 ♬ Comment

Jika pilihanmu emas, jadikan dia permata. Jika pilihanmu permata, tetaplah menjaga kegilapanya. Dan jika tidak mampu kau laksanakannya, maka hargailah sementara masih memiliki

Labels:


SLEEP TIGHT!
Sep 16, 2017 | 12:14 AM | 0 ♬ Comment

Assalamualaikum.

Oh hai siapa siapa yang lalu kawasan blog. Hihi. Okay, ekceli aku ni kali ke2 bangun tidur. Then, bangun sebab kawan office call nak tanya untuk buat soalan penilaian level 4. Krik krik lalu cengkerik pun bernyanyi.

Taknak cerita pasal work. Nak cerita pasal rutin sebelum tidur aku. Kalau dulu aku nak tidur hentam tidur je janji baring atas katil. Hehe. Then, sampai la satu hari tu, kaki aku jadi bengkak dan sakit yakmattttttttt.

Aku syak urat kaki aku masuk angin. Mana idoknye, aku tidur kipas hujung kaki. Eh itu normal lah kalau duduk asrama ala2 bangla. Like asrama banglasia gittew...

So, 3 hari take time nak baik. Tapi jujur ah sakit, aku ni tak suka kalau melibatkan kawasan2 nak bergerak banyak kalau sakit. Sepanjang 3 hari aku google macamana nak hilangkan sakit, apa sebab sakit etc etc.

Jadi, aku pun ada masalah tak boleh tidur dalam keadaan terlalu sejuk. Salah satu ni, kaki masuk angin lah. Kalau dulu dekat rumah, perut kembung selalu lepas bangun tidur.

Jadi, banyak2 suggestion yang paling boleh aku amalkan memandangkan aku tidur asrama banglasia ni, pakai stoking sebelum tidur. Ada juga aku pakai lepas jadi tu. means hari ke dua lepas kaki sakit, aku pakai stoking. Lagi sakit wei lepas bangun tu.

Rupa2nya, aku pakai stoking tu tak tebal. Memang pun tembus aje anginnya melalui liku3 stoking ahahaha. Jadi aku pun pakai la stoking tebal sikit lepastu. Alhamdulillah, settle masalah!

So untuk sesiapa yang jenis cepat masuk angin, tidur pakai stoking selalu lah yer. Bukan untuk yang jenis masuk angin je, semua orang pun digalakkan pakai stoking. So kesihatan lebih terjaga..

Bye~


Why So Serious Dude?
Sep 8, 2017 | 11:24 PM | 0 ♬ Comment

Assalamualaikum.

Aloha! Ammbooiii sesejak bahagia ni blog dah tak berupdate..

Ohh btw, aku sekarang tengah busy yang tak la teramat sangat, tapi agak busy lah juga weh. Yelah aku dah start dapat memo dekat dalam group di Facebook yang lawatan penilaian internship akan bermula 11September - 2Oktober. Haaa kau cuak tak cuak lah, wim 1 set pun belum settle maa. At least nak buat 5 lah dulu. Sedangkan 1 aku ambil masa 3-4 hari, apatah lagi 5. Jadi, terpaksalah aku mengemis internet di rumah sewa senior aku untuk siapkan wim. Apa tu wim? Wim tu alat bantuan mengajar kami sebagai pengajar praktikal ni. Kena buat 15 set. Memang cerita dia juling lah mata aku nanti.

Okey, di sebalik kesibukan aku siapkan wim, kami sempat plan untuk pergi bermandi manda. Hahaha wim itu wim, cuti tetap cuti. Why so serious? Nak serious2 tunggu lawatan PP nak dekat nanti. Waktu tu hari-hari perut kecut, hari-hari perut memulas, pergi berak tahik taknak keluar. HAHAHA! Ok back to topic. Kami plan nak ke sunway lagoon. Bajet sorang pun RM100 keatas. Tak jadi sebab orang yang bagi pendapat kehabisan ongkosnya. HAHAHA! Jadi, kami tukar plan nak mandi manda di air terjun serta berBBQ disana. Plan asal 5 orang je, tapi TERAJAK sampai 1 office. Tengoklah nanti macamana. Kalau ramai pergi, semua ON. Kalau tak ramai, 5 orang tu dah confirm dah pergi. JADI KE TAK JADI KE BAGI JADI JUGAK!

Okay lepastu aku nak cakap laa kan. Hidup single ni sebenarnya seronok bila kau boleh habiskan masa 24/7 jam untuk diri kau saja tanpa perlu fikir orang lain. Jadi, hiduplah untuk bahagiakan diri sendiri dahulu sebelum bahagiakan orang lain.

Bila kau dah officially moved on, kau akan rasa freedom yang hakikatnya kau tak perlu jaga hati sesiapa. So, kau dah break dengan bf kau? Bersyukurlah sebab kau sekarang tengah tumpukan perhatian untuk diri sendiri. Tahniah!

Bye~

Labels: , , , , ,


SEBELUM BALIK RAWANG
Sep 3, 2017 | 2:25 PM | 0 ♬ Comment

Assalamualaikum.

Rasa nak nangis sambil guling guling bila kena balik rawang.. Padahal boleh je balik esok, memandangkan papa najib kita bagi cuti. tapi abang nak balik harini. Kalau esok confirm lah jem teruk.

Aktiviti harini kat rumah, main makeup dengan kakak dan mak. Aku sekarang kalau dekat rumah je mesti main makeup2 waktu free. Awal pulak bangun harini, dah siap settle rumah dan mak pun siap masak, kami pun boleh laa rilex2 duluan.

Settle makeup, masing2 tidur sebab dah taktahu nak buat apa. Eheee.. Tapi kejap lagi dah nak kena pergi Taiping, rumah kakak ipar sebab nanti balik Rawang dengan dorang..

Hmmm dihnyee nak tinggal rumah, tinggal Kedah DarulAman, tinggal mak ayah kakak dan kedai2. Lama rasa tak menjejakkan kaki dekat kedai.. Hmm cepatla habis internship, nak uruskan kedai nih..!

Bye~


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
Sep 2, 2017 | 9:38 PM | 0 ♬ Comment

Assalamualaikum.

Jadi macamana raya chuolls? adakah se-meriah raya aidilfitri? Kalau aku, takkkk. Raya aidiladha ni macam hari-hari biasa pada aku sekeluarga. Tapi balik kampung tetap balik.. cuma tak pergi menziarah sedara macam waktu raya aidilfitri..

Bukan setakat tu, gambar raya pun takde. Tapi melantak tetap melantak. Mak aku masak nasi ayam dengan laksa. Perghhh berapa kali ulang makan pun taktahu. Faa gemok buat comeback dalam makanan!

Nak buat macamana, raya aidiladha kat sini tak meriah macam kelantan terengganu.

Esok aku dah nak balik rawang. Alaaa bosannya internship ni. Nak suruh habis cepat, wim tak siap lagi. Tak suruh habis cepat, bosan duduk sana lama2...

Yang penting taknak kerja area sana lagi doohhhh.. Kedah tetap dihati ❤️

Byee~


Kedah! Here i am
Sep 1, 2017 | 12:09 AM | 0 ♬ Comment

Assalamualaikum.

Semalam pukul 11 malam bertolak dari rawang balik ke kedah. Boleh tahan la jem dia.. Sepatutnya pukul 2-3 am dah boleh sampai rumah, tapi sebaliknya pukul 6am baru sampai. Letih jangan cakaplah, walaupun tak drive tapi rabak mata tu masih ada juga.

gambar adalah hiasan


Seronok betul sampai2 mak dah ready tunggu.. Siap tengah memasak kuah laksa dekat dapur. Yelah anak dan menantu balik lah katakan. Menantu pula hantu laksa, layankan jelah tekak budak kecik tu.. Sampai tu sempat gurau2 dulu sebelum masing2 masuk bilik tidur. Aku? Dah terlentok baik punya dekat atas sofa. Aigooo macam aku yang drive.!

Harini, lepas lunchtime terus keluar jalan2. Mula dari pergi cuci kereta sampai ke pantai merdeka. Lama betul tak rasa berkumpul ramai2 macamni lepas semua adik beradik aku dah besar-besar.

Pergi makan mee udang dekat pulau sayak. Not bad la. Tapi aku tak suka mee, aku pilih untuk makan koey teow goreng tanpa sayurrr. Udang dia besar dan fresh lagi kot. Satu pinggan ada 5 ekor udang. Lepastu request lagi 15 ekor..! Gila tak gila lah abang aku sorang tu.. Tapi sayangnya ayah tak ikut sebab kerja.

Jadi, kami berlima saja dengan mak. Sempat lagi aku pow rayban dekat expo pantai merdeka. Itu untungnya ada abang..!! Hehehe..

Okay, now nak layan lagu2 dan ready untuk tidur. Selamat hari raya aidiladha gais 💕

Byee~


JATUH? JADI BANGKITLAH!
Aug 30, 2017 | 12:52 PM | 0 ♬ Comment
Assalamualaikum.

Bersyukur kan bila kita masih diberi peluang untuk bernafas di mukabumi Allah. Alhamdulillah. So, new life again and again. Betullah mana pernah kita duduk di takuk yang sama sampai bila2.. Hakikatnya manusia tu datang dan pergi. Samaada dia datang untuk memberi kedukaan atau memberi bahagia. Tapi kedua-duanya mempunyai hikmah yang akhirnya tak dapat kita persoalkan kenapa dan mengapa.

Harini aku mungkin mula bertatih semula. eh hakikatnya dah seminggu aku mula bertatih. Hari demi hari aku mula kumpul kekuatan dan semangat dari kawan-kawan,keluarga dan juga kehidupan sekeliling. Betul lah bahagia itu ada selepas penat kita berduka. Betullah pelangi itu ada lepas hujan membasahi bumi dan betullah hakikatnya "AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA NAIK KE DARAT A.K.A BUAYA DARAT" *hihihi*.

Alhamdulillah bersyukur juga pada Allah perjalanan pernikahan abang dan wife dia berjalan dengan lancar walaupun agak kucar kacir bila pihak perempuan datang sekaligus 2 biji bas. *hahaha*  Seronok betul tengok ahli keluarga gembira. Tak terkata hati ni yang waktu tu tanggung duka tapi telan semuanya demi keluarga tercinta. Berkat sabar, doa dari keluarga dan kawan-kawan yang tak putus, akhirnyaa diri ini bebas dari "kemurungan".

Sedikit nasihat untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Jangan mudah memberi kepercayaan pada orang. Jangan juga mudah jatuh sayang dan terima orang dalam hidup. Sebab pada akhirnya kita akan kecundang. Nak cari teman hidup tu jangan gelojoh dulu. Rilex, cool, yang terbaik pasti sampai pada akhirnya. Kadang-kadang kita jatuh bukan sebab kita pernah buat orang, kifarah, dan bukan juga seperti "hidup umpama roda" tapi ini adalah ujian yang singgah untuk kita belajar melalui kesilapan dan jadikan sebagai pengalaman dalam hidup.

Samada ia menyedihkan atau menggembirakan, itulah detik paling berharga yang perlu kita belajar darinya. Pengalaman kecewa itu manis jika dilalui dengan tabah dan sabar. Allah takkan uji kita luar kemampuan. Jadi, tahniah kepada sesiapa yang pernah jatuh, dan belajar untuk bangun semula.

Gotta go! See ya later! Bye~

Labels: ,


MANUSIA ITU APA JENIS?
Aug 29, 2017 | 6:32 PM | 0 ♬ Comment
Assalamualaikum.

Indah bicara tak seindah perbuatan.
Itulah janji manusia yang pada asalnya manis belaka.
Pernah aku bicara pada hati adakah yang tulus tanpa ikatan?
Rupanya aku berkhayal dalam nyata.

Mana ada manusia bertindak semanis janji?
Kalau ada pun mungkin 1 dalam sejuta.
Kalau hati dan perasaan cuma nak yang indah belaka,
Ahhh persetankan janji-janji susah senang bersama!

Aku lupa, manusia itu sifatnya alpa,
Aku lupa, manusia itu tak pernah sempurna,
Aku lupa, manusia itu hadirnya sementara,
Aku lupa, manusia itu manisnya sementara.

Manusia... Manusia... Hebat dengan prasangka!


Older Post